| Memoir 21 Tahun |
|
|
|
| Written by Admin Cekaktgg | |
| Monday, 17 August 2009 | |
|
Menyedari betapa pentingnya pengetahuan tentang sejarah akan dapat meningkatkan perasaan cinta ahli kepada persatuan, satu program bagi menceritakan kembali pengalaman selama 21 tahun penubuhan PSSCMCT telah diadakan baru-baru ini. Memoir 21 Tahun: Imbau PSSCMCT Dulu dan Kini Bertempat di Dewan Seri Budi, Kuala Terengganu, program yang diadakan pada 13 Ogos baru-baru ini telah mendapat sambutan daripada 75 orang ahli yang terdiri daripada ahli kelas Cawangan dan juga IPT-IPT seluruh Terengganu. Menurut Ketua Penerangan PSSCMCT,En Mohd Yusof b Mahmod, program ini merupakan pengisian kedua bagi perayaan 21 Tahun PSSCMCT setelah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam Perdana pada 30 Mei lalu. Dalam aturcara utama, Tn Hj Kassim b Husin selaku tetamu khas telah menceritakan pengalaman manis beliau sepanjang menjadi ahli, dan juga pengalaman berharga beliau diawal penubuhan PSSCMCT. Beliau yang juga merupakan antara tulang belakang dalam usaha menubuhkan persatuan pada tahun 1988 lalu juga mengingatkan hadiriin bahawa peranan dan sumbangan ahli yang bergerak aktif dalam persatuan merupakan satu kerja baik dan murni kerana ianya satu sumbangan kebajikan. Tn Hj Kassim juga menyatakan rasa gembira beliau kerana dari dulu hingga kini, perhubungan sesama ahli Silat Cekak sentiasa mempunyai pertalian yang rapat dengan semangat persaudaraan yang kukuh. ![]() Dalam program ini juga, YDP PSSCMCT En Che Zabario b Mohd Yasim (atau lebih dikenali dengan panggilan 'Aboh') mengingatkan semua betapa pentingnya menjadi ahli yang berkualiti demi kejayaan persatuan. Dengan mengungkapkan kata pepatah "genggam bara api, biar jadi arang", Aboh menyeru semua ahli agar melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh dan sempurna dalam usaha menjayakan visi dan misi persatuan. ![]() Berdasarkan maklum balas yang diterima, semua ahli yang hadir telah menyatakan rasa terharu mereka bila mengetahui jerih perih usaha yang telah dijalankan dalam persatuan ini dari dulu hingga kini. Dari situ, mereka menyatakan rasa semangat dan motivasi mereka untuk mentadbir persatuan dan kelas latihan untuk kebaikan generasi kini dan seterusnya. |
| < Prev | Next > |
|---|




