MUKA DEPAN arrow SEJARAH  
Saturday, 04 September 2010
Menu Utama
MUKA DEPAN
Aluan YDP
PENGENALAN
SEJARAH
PERSATUAN
PERSILATAN
KELAS LATIHAN
Hubungi Kami
Informasi
MAKLUMAN TERKINI
ARKIB BERITA
Statistics
OS: Linux i
PHP: 5.2.13
MySQL: 5.0.91-community-log
Time: 03:17
Caching: Disabled
GZIP: Disabled
Members: 63
News: 61
Web Links: 6
GCalendar overview
Sejarah Penubuhan PSSCMCT PDF Print E-mail
Written by Admin Cekaktgg   
Thursday, 13 November 2008

 

Sejarah Awal Penubuhan

 

Seperti yang diketahui bahawa penubuhan cawangan di setiap negeri adalah menjadi hasrat dan cita-cita PSSCM malah Almarhum Ustaz Haji Hanafi sendiri. Almarhum telah beberapa kali datang ke negeri Terengganu atas beberapa urusan beliau. Pada suatu ketika, iaitu dalam tahun 1985, Almarhum telah datang ke Terengganu seorang diri dan bertandang ke rumah sewa Cikgu Kassim Husin dan Adnan Mohd Dom di Jalan Pusara, Kuala Terengganu. Kedatangan tersebut merupakan yang terakhir beliau ke negeri Terengganu.

 

Almarhum ada menyatakan kepada Cikgu Kassim dan saudara Adnan bahawa suatu hari nanti PSSCM Cawangan Terengganu akan dapat ditubuhkan.

 

Saudara Adnan yang baru bertukar kerja ke Terengganu pada masa itu telah berusaha untuk menubuhkan PSSCMCT tetapi beliau telah diarah pula bertukar tempat kerja ke Pahang. Usaha tersebut telah diteruskan pula oleh Cikgu Kassim dan akhirnya, dengan kehendak Allah S.W.T usaha tersebut menemui kejayaan.

 

 

Penubuhan

 

Cawangan Terengganu telah ditubuhkan dengan pembentukan satu Jawatankuasa Penaja pada 29 Januari 1988. Ini adalah hasil usaha Cikgu Kassim b Husin yang telah mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan 5 (lima) orang ahli PSSCM yang berada di Terengganu pada masa itu. Mereka ialah Mohd Nasir b Abdul Salam, Dr Amirullah b Mohd Arshad, Wan Khalid b Mohamed, Tuan Haji Megat Ngah b Megat Jusoh serta Mazlan b Che Wil.

 

Hasil kerjasama keenam-enam Ahli Jawatankuasa Penaja ini, dapatlah mereka menyewa sebuah rumah untuk dijadikan pejabat PSSCM Cawangan Terengganu dengan kadar sewa RM120.00 sebulan yang beralamat di 503, Jalan Pintasan, 21100 Kuala Terengganu.

 

Setelah mengharungi beberapa rintangan dan dugaan, akhirnya pada 18 Mac 1988, Majlis Ijazah Asas yang pertama dapat diadakan bertempat di kediaman Cikgu Kassim, iaitu di Rumah Guru Sek. Men. Sultan Sulaiman, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

 

Pada 13 Jun 1988 pendaftaran Cawangan Terengganu telah diluluskan dengan Sijil Kebenaran No. PPM/TRG 246/7-15(2).

 

Kelas pertama (KT 1) itu terdiri dari 22 orang ahli yang mana kebanyakannya adalah pegawai kerajaan. Kelas dapat dimulakan selepas itu dibawah Penyelia Kelas Saudara Mohd Radzi b Haji Hanafi yang didatangkan khas oleh pihak Ibu Pejabat.

 

Kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli baru adalah sangat menggalakkan sehingga mereka dapat menamatkan pelajaran pada 15 Disember 1988. Kelas pertama ini agak lambat untuk menamatkan pelajaran disebabkab seringkali ketiadaan jurulatih dimana pada masa itu Saudara Mohd Radzi juga adalah seorang Penyelia Kelas di Cawangan Johor dan juga masalah kehadiran beberapa orang ahli yang terlibat dengan kerja di tempat lain (out station). Walaupun begitu ahli-ahli tetap menunjukkan kesabaran dan minat yang baik sehinggalah mereka dapat menghabiskan peringkat umum.

 

 

 
Aktiviti Terkini
Sorry, no events to display
Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Waktu Sekarang