| Perayaan 21 Tahun PSSCMCT |
|
|
|
| Written by Admin Cekaktgg | |
| Tuesday, 11 November 2008 | |
|
Tahun 2009 memberi pengertian yang besar kepada PSSCMCT bilamana persatuan ini akan mencapai usia 21 tahun semenjak penubuhannya pada tahun 1988. Pada tahun tersebut, satu perayaan secara besar-besaran akan diadakan secara bersama dengan Sambutan 44 Tahun PSSCM di mana Cawangan Terengganu menjadi tuan rumah. Ianya akan diadakan pada awal bulan Jun 2009 (tarikh tentatif). (Makluman berkenaan Perayaan 21 Tahun PSSCMCT akan dikemaskini dari semasa ke semasa dalam laman ini dan Forum Cekaktgg).
Sempena dengan perayaan ini, pihak Jawatankuasa Induk perayaan telah bersetuju untuk menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Tema Perayaan 21 Tahun PSSCMCT. Pertandingan yang terbuka kepada seluruh ahli PSSCMCT ini bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh ahli dalam melibatkan diri dalam penganjuran program perdana ini. Maklumat dan Peraturan pertandingan boleh dimuat-turun di sini
|
|
| Last Updated ( Wednesday, 12 November 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
MAKLUMAN TERKINI 

